*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Khamis, September 22, 2016

CUEPACS BANTAH CADANGAN WAKTU BEKERJA ENAM JAM

George Town, 18 Sept - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menyokong pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari.
Presidenya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.
" Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu CUEPACS membantah idea tersebut". Katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS disini hari ini.

Rabu, September 07, 2016

PERTANDINGAN FUTSAL KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN



Pada 16 Mac 2016 telah diadakan pertandingan futsal KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan. Pertandingan tersebut telah diadakan di Daerah Pangkalan TUDM Bukit Jugra. Dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki dan wanita. Pengerusi KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan En. Mohd Tahir Lebai Milin telah berkenan hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.


Jumaat, September 02, 2016

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG PERINGKAT NAUNGAN MARKAS 11 BRIDGED (SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN) BERTEMPAT DI DEWAN BESAR PERHEBAT, KEM SG BULOH PADA 09 OGOS 2016

Khamis, Ogos 25, 2016

KUMPULAN WANG CARUMAN KHAS KEBAJIKAN KESATRIA

Kumpulan wang ini ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut:

1.        Untuk membolehkan penama/waris ahli kesatuan mendapat bantuan apabila                         berlaku kematian ahli.

2.        Untuk memberikan bantuan persaraan kepada ahli-ahli.

3.        Untuk memberikan bantuan pelajaran kepada anak-anak ahli.

4.        Untuk memberikan bantuan dermasiswa kepada ahli-ahli.

5.        Untuk memberi bantuan perubatan kepada ahli.

6.        Untuk memberi bantuan ikhsan kepada ahli-ahli yang ditimpa kemalangan/bencana              alam.

7.        Untuk dijadikan modal bagi dilaburkan dalam Syarikat-syarikat Perdagangan dan                  Perusahaan dengan tertakluk kepada Peruntukkan-peruntukkan Seksyen 49                         Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959.


* Maklumat lanjut berkenaan Kumpulan Wang Caruman Khas Kebajikan KESATRIA ini sila rujuk kepada BUKU PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN KESATRIA – PERATURAN TAMBAHAN di mukasurat belakang.

TAKLIMAT RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA DI DEWAN ABABIL PANGKALAN UDARA SUBANG

Pada 12 Mei 2016 telah diadakan sesi Taklimat Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang. Peserta taklimat terdiri dari penjawat-penjawat awam dari Pangkalan Udara Subang, TUDM Bukit Jugra, Markas Pemerintahan Bantuan Udara dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Khidmat Awam Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan.





SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

Satu majlis serah terima tugas Pengerusi Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 17 Mei 2016. Pada majlis tersebut mantan Pengerusi Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan En. Mohd Tahir bin Lebai Milin telah menyerahkan tugasnya kepada Pengerusi yang baru iaitu En. Ahmad bin Hj Jaal. Hadir menyaksikan upacara tersebut adalah Presiden Kesatria Tn. Hj Ahmad Shah bin Md Zain serta Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan Perhubungan Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan.

En. Mohd Tahir bin Lebai Milin akan bersara wajib pada 18 Mei 2016. Selamat bersara diucapkan semoga sentiasa diberikan kesihatan dan keberkatan hendaknya.




Khamis, Julai 14, 2016

PERTANDINGAN BOWLING KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN 2014


Pada tahun 2014 KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan pertandingan bowling antara Daerah-daerah yang diadakan di Ole-ole Superbowl Kelab Golf Monterez, Subang, Selangor. Johan telah dimenangi oleh pasukan dari Daerah Pangkalan Udara Subang.