Jumaat, Januari 27, 2017
Khamis, September 22, 2016
CUEPACS BANTAH CADANGAN WAKTU BEKERJA ENAM JAM
George Town, 18 Sept - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tidak menyokong pengurangan waktu bekerja kepada enam jam sehari.
Presidenya Datuk Azih Muda berkata, mereka yang bersetuju dengan cadangan untuk mengurangkan waktu kerja daripada lapan jam sekarang kepada enam jam hanyalah mereka yang malas.
" Tiada siapa yang bekerja lapan jam secara berterusan. Pekerja keluar untuk waktu rehat minum kopi atau keluar mengambil anak pulang dari sekolah dan lain-lain. Oleh itu CUEPACS membantah idea tersebut". Katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Kesatuan Anggota KEMAS disini hari ini.
Rabu, September 07, 2016
PERTANDINGAN FUTSAL KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN
Pada 16 Mac 2016 telah diadakan pertandingan futsal
KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan. Pertandingan tersebut telah
diadakan di Daerah Pangkalan TUDM Bukit Jugra. Dua kategori dipertandingkan
iaitu lelaki dan wanita. Pengerusi KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah
Persekutuan En. Mohd Tahir Lebai Milin telah berkenan hadir merasmikan dan
menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
Jumaat, September 02, 2016
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG & JASAMU DIKENANG
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU DIKENANG PERINGKAT NAUNGAN MARKAS 11 BRIDGED (SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN) BERTEMPAT DI DEWAN BESAR PERHEBAT, KEM SG BULOH PADA 09 OGOS 2016
Khamis, Ogos 25, 2016
KUMPULAN WANG CARUMAN KHAS KEBAJIKAN KESATRIA
Kumpulan wang ini ditubuhkan bagi
tujuan-tujuan berikut:
1. Untuk
membolehkan penama/waris ahli kesatuan mendapat bantuan apabila berlaku
kematian ahli.
2. Untuk
memberikan bantuan persaraan kepada ahli-ahli.
3. Untuk
memberikan bantuan pelajaran kepada anak-anak ahli.
4. Untuk
memberikan bantuan dermasiswa kepada ahli-ahli.
5. Untuk
memberi bantuan perubatan kepada ahli.
6. Untuk
memberi bantuan ikhsan kepada ahli-ahli yang ditimpa kemalangan/bencana alam.
7. Untuk
dijadikan modal bagi dilaburkan dalam Syarikat-syarikat Perdagangan dan Perusahaan dengan tertakluk kepada Peruntukkan-peruntukkan Seksyen 49 Ordinan
Kesatuan Sekerja, 1959.
TAKLIMAT RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA DI DEWAN ABABIL PANGKALAN UDARA SUBANG
Pada 12 Mei 2016 telah diadakan sesi Taklimat
Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah
Sistem Saraan Malaysia (SSM). Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Ababil
Pangkalan Udara Subang. Peserta taklimat terdiri dari penjawat-penjawat awam
dari Pangkalan Udara Subang, TUDM Bukit Jugra, Markas Pemerintahan Bantuan Udara
dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Taklimat telah disampaikan oleh
pegawai-pegawai dari Cawangan Khidmat Awam Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan.
SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN
Satu majlis serah terima tugas Pengerusi
Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 17 Mei 2016.
Pada majlis tersebut mantan Pengerusi Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah
Persekutuan En. Mohd Tahir bin Lebai Milin telah menyerahkan tugasnya kepada
Pengerusi yang baru iaitu En. Ahmad bin Hj Jaal. Hadir menyaksikan upacara
tersebut adalah Presiden Kesatria Tn. Hj Ahmad Shah bin Md Zain serta Ahli-ahli
Jawatankuasa Cawangan dan Perhubungan Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah
Persekutuan.
En. Mohd Tahir bin Lebai Milin akan bersara wajib pada 18 Mei 2016. Selamat bersara diucapkan semoga sentiasa diberikan kesihatan dan keberkatan hendaknya.
Langgan:
Catatan (Atom)




































