*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Rabu, Julai 13, 2016

PERTANDINGAN BOLATAMPAR KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN 2015



Pada 16 Dis 2015 telah diadakan pertandingan bola tampar KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan. Kejohanan tersebut telah diadakan di Daerah Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan kategori campuran. Daerah Kem Sungai Besi telah memenangi kedua-dua kategori dalam kejohanan tersebut.



Selasa, Julai 12, 2016

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PENGERUSI



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia..

Segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Dikesempatan ini, masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir & Batin kepada ahli-ahli Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan tak kira walau dimana pun berada. Semoga dengan kedatangan Syawal ini akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita semua. Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Mari menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

PERJUMPAAN DAN LAWATAN PRESIDEN KESATRIA KE CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN 2014

Pada 09 Sep 2014 Presiden KesatriaTn Hj. Ahmad Shah bin Mohd Zain telah berkenan mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli Kesatria sekaligus melawat Pejabat Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan bertempat di Pangkalan Udara Subang

 
Di hadapan Pejabat Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan
Presiden meninjau keadaan didalam pejabat Kesatria