*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Isnin, Julai 11, 2016

UCAPAN KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


 EN. AHMAD BIN JAAL
(PENGERUSI)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia

Alhamdulilah, Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat ALLAH S.W.T dengan berkat keizinan dan limpah kurnia-NYA Blog Kesatria Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan telah dapat diwujudkan.
Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berusaha untuk menyediakan blog ini dan dapat dijayakan dengan kesedaran betapa pentingnya sesuatu blog kepada sesuatu persatuan itu bagi menyalurkan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh ahli-ahli dari masa ke semasa. Usaha mewujudkan blog ini adalah salah satu usaha yang releven dan wajar diteruskan bukan sahaja untuk memartabatkan Kesatria tetapi untuk difahami, dihayati dan dijana oleh ahli semua.
Saya berkeyakinan dengan semua maklumat-maklumat berguna yang terkandung di dalam blog ini akan dapat menyedarkan ahli-ahli bagaimana pentingya untuk menghargai sesuatu persatuan yang memperjuangkan hak-hak serta melindungi penjawat awam di dalam apa jua permasalahan.
Semoga blog ini akan dapat memberi manfaat kepada kita semua di samping ianya juga dapat menyalurkan maklumat-maklumat terkini tidak kira dalam apa jua perkara. Saya juga berharap di masa-masa akan datang pertambahan ahli-ahli baru akan semakin meningkat demi memperkukuhkan lagi kesatria ini.
Akhir kata, sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam mewujud dan menjayakan Blog Kesatria Negeri Selangor/Wilayah Persekutuan Ini.


"Bersatu Membela Keadilan"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan