*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Khamis, Ogos 25, 2016

KUMPULAN WANG CARUMAN KHAS KEBAJIKAN KESATRIA

Kumpulan wang ini ditubuhkan bagi tujuan-tujuan berikut:

1.        Untuk membolehkan penama/waris ahli kesatuan mendapat bantuan apabila                         berlaku kematian ahli.

2.        Untuk memberikan bantuan persaraan kepada ahli-ahli.

3.        Untuk memberikan bantuan pelajaran kepada anak-anak ahli.

4.        Untuk memberikan bantuan dermasiswa kepada ahli-ahli.

5.        Untuk memberi bantuan perubatan kepada ahli.

6.        Untuk memberi bantuan ikhsan kepada ahli-ahli yang ditimpa kemalangan/bencana              alam.

7.        Untuk dijadikan modal bagi dilaburkan dalam Syarikat-syarikat Perdagangan dan                  Perusahaan dengan tertakluk kepada Peruntukkan-peruntukkan Seksyen 49                         Ordinan Kesatuan Sekerja, 1959.


* Maklumat lanjut berkenaan Kumpulan Wang Caruman Khas Kebajikan KESATRIA ini sila rujuk kepada BUKU PERATURAN DAN PERLEMBAGAAN KESATRIA – PERATURAN TAMBAHAN di mukasurat belakang.

TAKLIMAT RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA DI DEWAN ABABIL PANGKALAN UDARA SUBANG

Pada 12 Mei 2016 telah diadakan sesi Taklimat Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Ababil Pangkalan Udara Subang. Peserta taklimat terdiri dari penjawat-penjawat awam dari Pangkalan Udara Subang, TUDM Bukit Jugra, Markas Pemerintahan Bantuan Udara dan Pangkalan Udara Kuala Lumpur. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Cawangan Khidmat Awam Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan.





SERAH TERIMA TUGAS PENGERUSI KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN

Satu majlis serah terima tugas Pengerusi Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 17 Mei 2016. Pada majlis tersebut mantan Pengerusi Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan En. Mohd Tahir bin Lebai Milin telah menyerahkan tugasnya kepada Pengerusi yang baru iaitu En. Ahmad bin Hj Jaal. Hadir menyaksikan upacara tersebut adalah Presiden Kesatria Tn. Hj Ahmad Shah bin Md Zain serta Ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan dan Perhubungan Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan.

En. Mohd Tahir bin Lebai Milin akan bersara wajib pada 18 Mei 2016. Selamat bersara diucapkan semoga sentiasa diberikan kesihatan dan keberkatan hendaknya.