*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Khamis, Julai 14, 2016

PERTANDINGAN BOWLING KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN 2014


Pada tahun 2014 KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah menganjurkan pertandingan bowling antara Daerah-daerah yang diadakan di Ole-ole Superbowl Kelab Golf Monterez, Subang, Selangor. Johan telah dimenangi oleh pasukan dari Daerah Pangkalan Udara Subang.



Rabu, Julai 13, 2016

KARNIVAL SUKAN KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN 2014

Karnival Sukan KESATRIA Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan juga telah diadakan pada tahun 2014. Daerah Pangkalan Udara Subang telah menjadi tuan rumah pada karnival tersebut. Acara yang dipertandingkan adalah Futsal, pingpong, congkak, dart dan karom. Daerah Pangkalan Udara Subang telah muncul juara keseluruhan pada karnival tersebut.