*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Jumaat, Januari 27, 2017

KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KE-27 PADA 19-21 DIS 2016 DI MENARA PGRM CHERAS



Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs Ke-27 telah diadakan pada 19-21 Dis 2017 bertempat di Menara PGRM Cheras, Kuala Lumpur. Konvensyen telah dirasmikan oleh Y.A.B Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri.

Kesatria selaku kesatuan gabungan Cuepacs turut serta menghantar seramai 50 orang perwakilan ke konvensyen tersebut. Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan telah menghantar seramai 13 orang perwakilan.

Pada konvensyen ke-27 ini Presiden Kesatria Tn. Hj Ahmad Shah bin Mohd Zain telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Cuepacs. Setelah proses pengundian dijalankan walaubagaimana pun keputusan tidak menyebelahi beliau.

Sebanyak 47 usul telah dikemukakan sepanjang persidangan. Pecahan usul adalah seperti berikut:

- 42 usul telah diluluskan tanpa bahas.
- 4 usul ditolak.
- 1 usul diluluskan dengan bahas.

USUL-USUL KONVENSYEN KONGRES TRITAHUNAN CUEPACS KE-27 PADA 19-21 DIS 2016 DI MENARA PGRM CHERAS



Antara Usul-usul yang diluluskan tanpa bahas dan dengan bahas semasa Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs Ke-27 yang telah diadakan pada 19-21 Dis 2017 adalah seperti berikut:

1.         Majlis Perundingan Gaji Sektor Awam.

2.         Tidak Mengecilkan Saiz Perkhidmatan Awam.

3.         Cadangan Time Base Penjawat Awam Kali Ke 2 Bagi Kumpulan Pelaksana.

4.          Pengecualian GST Kepada Pembeli Rumah Pertama.

5.         Penambahbaikan Peluang Kenaikan Pangkat Skim Pembantu Tadbir.

6.         Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pembantu Operasi Gred N11 Kepada N15 dan   Kenaikan Pangkat Ke N16.

7.         Menaikan Tuntutan Elaun Motorsikal Dari RM120 Ke RM250.

8.       Pemberian Kenaikan Gred N22 Ke Gred N29 Pembantu Tadbir (P/O) Yang Memiliki  Diploma/STPM Atau Yang Telah Lulus Peperiksaan KPSL Ke Gred N29.

9.    Menjadi Ahli Kesatuan. Cadangan Markah Laporan Nilaian Tahunan Mesti Ada Penglibatan Di Dalam Kesatuan (Keahlian Kesatuan).


* Usul-usul yang dinyatakan di atas adalah usul yang melibatkan Gred/Skim Perkhidmatan penjawat awam di Kementerian Pertahanan. Terdapat banyak lagi usul-usul yang diluluskan, namun tidak melibatkan Gred/Skim Perkhidmatan penjawat awam di Kementerian Pertahanan.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KESATRIA CAWANGAN SELANGOR/WILAYAH SESI 2015-2018