*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Jumaat, Ogos 04, 2017

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KESATRIA DAERAH PANGKALAN UDARA SUBANG TAHUN 2017

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah diadakan pada 20 Julai 17 (Khamis) untuk ahli-ahli. Majlis tersebut juga diselitkan dengan program meraikan ahli-ahli yang telah bersara, akan bersara, bertukar keluar, kelahiran anak, berkahwin dan tidak di lupakan untuk yang kematian keluarga serta masuk hospital. Majlis juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran Komander Pangkalan.


 Ahli bersara
Ahli bertukar keluar
  Ahli yang akan bersara
 Kelahiran anak
 Berkahwin
 Berkahwin dan masuk hospital
 Kematian ahli keluarga


Jumaat, Mei 26, 2017

SUKAN KESATRIA DAERAH PANGKALAN UDARA KUALA LUMPUR




Kesatria Daerah Pangkalan Udara Kuala Lumpur telah menganjurkan pertandingan Sepak Takraw dan Bola Jaring. Pertandingan yang berlangsung pada 10 Mac 2017 telah disertai oleh ahli-ahli Kesatria yang bertugas di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Pegawai Tadbir Awam Markas Pemerintahan Bantuan Udara Cik Shafizatul Azni bt Abd. Halim telah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang dan syabas kepada Kesatria Daerah Pangkalan Udara Kuala Lumpur di atas penganjuran ini.








SAMBUTAN HARI PEKERJA 2017



Sambutan Hari Pekerja Peringkat Cuepacs telah diadakan pada 1 Mei 2017 bertempat di Auditorium JAKIM Putrajaya.

Manakala Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada hari yang sama bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Seramai 13 orang ahli-ahli Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan turut serta menghadiri sambutan di kedua-dua lokasi tersebut.



Khamis, Mei 11, 2017

KARNIVAL SUKAN 3 PENJURU (KASA SUBANG, KEKAM MPBU & KAKEP TLDM LUMUT)



Pada 21 – 23 APR 2017 telah diadakan Karnival Sukan 3 Penjuru  antara KASA Pangkalan Udara Subang, KEKAM  Markas Pemerintahan Bantuan Udara dan KAKEP TLDM Lumut. Pihak KASA Pangkalan Udara Subang telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah untuk karnival ini. Ahli-ahli Kesatria dari ketiga-tiga kontijen turut terlibat dalam menjayakan karnival sukan tersebut.

Komander Pangkalan Udara Subang Y.Bhg. Brig Jen Datuk Shamsuddin Kasim TUDM telah berkenan merasmikan karnival sukan ini. Antara lain dalam ucapannya beliau berharap agar penganjuran sukan seperti ini dapat diteruskan dimasa akan datang. Ianya amat baik selain untuk tujuan gaya hidup sihat, juga dapat menjalinkan ikatan kemesraan diantara sesama peserta.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah Bowling, Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar (Lelaki dan Wanita), Sepak Takraw dan Badminton.

 
 

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR DAN BADMINTON KESATRIA DAERAH TUDM JUGRA



Pada 1 Mac 2017 dan 30 Mac 2017 telah diadakan pertandingan bola tampar dan badminton KESATRIA Daerah TUDM Jugra. Hadiah telah disampaikan oleh Pn. Zaiton Jaafar selaku wakil kepada Ketua Cawang Tadbir kepada pemenang-pemenang.

Tahniah kepada pemenang-pemenang dan syabas diucapkan kepada KESATRIA Daerah TUDM Jugra di atas penganjuran tersebut.