*** BERSATU MEMBELA KEADILAN ***

Selasa, Julai 12, 2016

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA PENGERUSI



Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia..

Segala ucapan tahmid dipanjatkan ke hadrat Allah SWT justeru selesai sebulan kita melaksanakan ibadah puasa dalam satu perjalanan spiritual mentarbiyyah rohani dan menguji fizikal. Dikesempatan ini, masih belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri serta Maaf Zahir & Batin kepada ahli-ahli Kesatria Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan tak kira walau dimana pun berada. Semoga dengan kedatangan Syawal ini akan mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita semua. Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Mari menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan